Thursday, February 6, 2014

KOMSAS TINGKATAN 2 ( ERTI SEBUAH PENGORBANAN)







Tema

Kasih sayang
Iman Zulaikha amat menyayangi kedua-dua ibu bapanya.  Setelah mereka bercerai, Iman ditinggalkan bersama-sama datuk dan neneknya di kampung.  Namun, hubungan ibu dan bapanya masih baik sebagai sahabat. Pelbagai usaha dilakukan agar kedua-dua ibu bapanya dapat bersatu semula. 

Persoalan
1.  Pengorbanan
     Ayah Iman dan ibu Adif Danial, terpaksa mengorbankan hasrat mereka untuk berkahwin   kerana  anak-anak mereka tidak menyetujui perkahwinan tersebut.  Ayah Iman akur   dengan permintaan Iman agar beliau berbaik-baik dengan bekas isterinya semula.  Adif Danial pula belum bersedia untuk menerima orang baharu sebagai ayahnya.

2.  Ketabahan
     Iman tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang dihadapinya.  Setelah ditinggalkan oleh ibunya yang melanjutkan pelajaran di New Zealand, dia menyesuaikan dirinya  tinggal dengan datuk dan neneknya di kampung.  Segala masalah dihadapinya tanpa merungut malahan dia lebih berazam untuk berjaya.

3.  Hubungan persahabatan
     Iman dan Pei Wen bersahabat baik dan sering mencurah rasa serta sama-sama menyelesaikan masalah yang mereka hadapi..

4.  Taat kepada perintah agama
     Iman sentiasa menunaikan sembahyang dan memohon doa agar segala apa yang
     dihajatinya tercapai.





 Plot
Permulaan

Iman Zulaikha merupakan pelajar tingkatan satu yang tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung.  Iman tinggal bersama-sama dengan ibunya setelah pihak mahkamah memberikan hak penjagaan kepada ibunya.  Iman kemudiannya berpindah ke kampung kerana ibunya melanjutkan pelajaran ke New Zealand.  Namun, kerana kasih sayang terhadap ibu dan bapanya, dia menyimpan hasrat untuk menyatukan mereka semula.

Perkembangan

Dia amat senang berkawan dengan Pei Wen yang tinggal bersebelahan rumah datuknya di kampung.  Mereka sering  bersama-sama ke sekolah.  Pei Wen dan Iman berkongsi suka duka dan sering mengatasi masalah bersama-sama.  Iman dan ibunya sering berhubung melalui kiriman e-mail.

Perumitan

Linda, rakan sekelas Iman, sering menimbulkan masalah kepada Iman kerana Linda tidak mahu berbaik-baik dengan Iman.  Hal ini menghairankan Iman.  Apabila Cikgu Julia mencari wakil pidato untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah, Linda menjadi pesaingnya.  Kemunculan Adif Danial yang berkawan rapat dengan Iman, Pei Wen dan Zulkarnain tambah menaikkan kemarahan Linda.  Linda menyuruh Iman menarik diri daripada pertandingan tetapi tidak dipersetujui oleh Iman. 

Puncak

Iman memenangi pertandingan pidato peringkat daerah hasil daripada kegigihannya berlatih walaupun pelbagai masalah yang dihadapinya sepanjang tempoh persediaan bagi menyertai pertandingan tersebut.  Dua hari sebelum bertanding, diari dan teks pidatonya hilang.  Namun dia cekal.  Ayahnya turut hadir memberikan sokongan pada hari pertandingan.
Peleraian
Datuk dan nenek mengadakan kenduri kesyukuran bagi menghargai kejayaan Iman.  Berita yang paling menggembirakan Iman ialah bapanya bersetuju untuk membawa Iman serta datuk dan neneknya ke New Zealand bertemu dengan ibunya.

Teknik Plot

1.    Dialog
      Perbualan antara Iman dan Pei Wen semasa Pei Wen mengadu tentang ibu tirinya yang sering tidak bersefahaman dengannya.
2.    Kejutan
      Pembaca dikejutkan dengan berita bahawa Yusri ingin membawa Iman berjumpa dengan ibunya di New Zealand.
3.    Imbas kembali
      Iman terkenangkan peristiwa semasa usianya 12 tahun, ibu dan bapanya bercerai.
4.    Suspens
      Pembaca tertanya-tanya peristiwa ketika Adif Danial melarikan diri daripada Yusri ketika pertemuan mereka di sekolah.

Watak dan Perwatakan 

Watak Utama

Iman Zulaikha

Ø  Pelajar tingkatan satu
 Ø  Penyayang
Iman amat menyayangi kedua-dua ibu dan bapanya walaupun mereka telah bercerai.  Malahan Iman bercita-cita untuk menyatukan mereka semula.

 Ø  Gigih
Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato peringkat sekolah dan peringkat daerah.  Hasil usahanya yang gigih, dia berjaya menjadi johan.

Ø  Pemaaf
      Iman merupakan seorang yang pemaaf.  Dia memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya sehingga jatuh tangga dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum pertandingan.
Ø  Berani
     Iman berani menentang Linda yang menyuruhnya menarik diri daripada pertandingan pidato agar memberi laluan kepadanya.

Watak Sampingan
Cikgu Julia
Ø  Merupakan guru kelas Iman Zulaikha.
Ø  Seorang guru yang bertanggungjawab terhdap semua muridnya.
Ø  Telah banyak membantu Iman Zulaikha dalam pelajaran dan pertandingan pidato yang di sekolahnya.


Pei Wen
Ø  Merupakan sahabat baik Iman.
Ø  Belajar dalam kelas yang sama dan tinggal sekampung dengan Iman Zulaikha. Tinggal dengan emak tirinya.


Adif Danial.
Ø  Merupakan sahabat baik Zulkarnain.
Ø  Rakan sekelas Iman Zulaikha.
Ø  Merupakan pelajar terbaik dalam kelas 1 Dinamik.


Linda
Ø  Merupakan rakan sekelas Iman Zulaikha.
Ø  Suka menyakiti hati Iman dan akhirnya dia insaf akan kesalahannya dan berbaik semula dengan Iman Zulaikha.


 Latar

Latar Masa
Ø  Pada waktu pagi.
Sewaktu sesi persekolahan pagi bermula jam 7.35 pagi.
Contohnya, sewaktu di dalam kelas Linda telah mengasari Iman.

Ø  Pada  waktu petang.
Selepas sesi persekolahan.
Contohnya, Iman menemani Pei Wen membeli barang di pasar raya.

Ø  Pada  waktu malam.
Hubungan Iman dengan ibunya.
Contohnya, Iman selalu berbalas e-mail dengan ibunya yang berada di New Zealand.

Latar Tempat

Ø  Sekolah
Tempat  Iman, Pei Wen, Zulkarnain, Linda dan Adif Danial menuntut ilmu.

Ø  Rumah datuk dan nenek Iman
Tempat tinggal Iman setelah ibunya pergi melanjutkan pelajaran ke New Zealand.

Ø  Port Dickson
Bapa Iman, Yusri membawa Iman dan datuk neneknya bersiar-siar ke Port Dickson.

Ø  Kampung
Iman tinggal bersama-sama dengan datuk dan neneknya di kampung.

Latar Masyarakat

Ø  Masyarakat pelajar
Masyarakat ini diwakili oleh Iman, Linda, Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial.

Ø  Masyarakat kampung
Iman tinggal di kampung bersama-sama datuk dan neneknya.

Ø  Masyarakat yang patuh kepada agama
Datuk selalu bersembahyang jemaah di surau berhampiran rumahhnya di kampung tersebut.

Nilai
1.    Nilai kasih sayang
Iman amat menyayangi ibu dan bapanya walaupun mereka telah berpisah.  Datuk dan nenek Iman juga amat menyayangi Iman.

2.    Nilai ketabahan
Iman tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangannya dalam pertandingan pidato peringkat sekolah dan daerah

3.    Nilai kerajinan
Iman merupakan seorang pelajar yang rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.

1.   Kita hendaklah menyayangi ibu dan bapa walaupun mereka telah berpisah kerana tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia.

2.    Kita perlu tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan.

3.    Sebagai seorang pelajar kita haruslah rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.

Wednesday, February 22, 2012

KOMSAS TINGKATAN 3 (MUTIARA BONDA)


Sinopsis

Mohd. Harraz (adik) ialah ‘mutiara bonda’. Dia dibelai dengan limpahan kasih sayang, diasuh untuk menjadi seorang  yang berbudi dan beriman. Namun dugaan selalu bertandang, mencabar kesabaran bonda dalam mengasuh anak lelaki tunggalnya. Daripada malas ke sekolah, Mohd. Harraz kemudiannya tidak mahu bersekolah lagi, hanya setakat darjah enam. Namun berkat doa dan tawakal bonda, Mohd. Harraz seperti dilahirkan semula setelah terlibat dalam kemalangan dan bernasib baik kerana tidak ditangkap polis  semasa serbuan polis di sebuah pondok yang menjadi tempat menghisap ganja. Akhirnya, Mohd. Harraz benar-benar menjadi mutiara , bersinar dan menyejukkan hati bonda. Dia telah berjaya melanjutkan pelajaran ke University al-Bayt, Jordan. Akhirnya, impian bonda untuk melihat anaknya menjadi seorang ustaz tercapai, begitu juga dengan wasiat ayahnya.


Tema

Kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anaknya hingga berjaya. Buktinya bonda gigih dan sabar dalam mendidik anaknya Mohd. Harraz (adik) sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di Jordan.

Persoalan

i.                     Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

Contoh: Bonda sangat menyayangi Mohd. Harraz walaupun anaknya itu sangat nakal dan degil

ii.                   Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan.

Contoh: Keempat-empat  orang anak bonda termasuk Mohd. Harraz berjaya melanjutkan
pelajaran ke peringkat lebih tinggi

iii.                  Keciciran pelajar luar bandar.

Contoh:  Mohd. Harraz pernah berhenti sekolah ketika berada di darjah enam.

iv.                 Masalah sosial dalam kalangan remaja.

Contoh: Mohd. Harraz merokok dan rakan-rakannya  yang tidak bersekolah terjebak dalam
penagihan ganja
.

v.                   Tekanan  hidup anak bekas banduan.

Contoh:  Mohd. Harraz menghadapi tekanan kerana bapanya pernah dipenjarakan akibat
dituduh terlibat dalam kes dadah
.

Plot

i.                    Permulaan

Pembaca diperkenalkan dengan watak bonda yang  sangat  gembira menerima surat daripada
anaknya, Mohd. Harazz yang sedang melanjutkan pelajaran di Jordan. Bonda mengimbas kembali saat-saat  ketika membesarkan adik sehingga berjaya. Ketika Mohd. Harraz berusia 10 hingga 12 tahun, dia sangat nakal dan degil.

ii.        Perkembangan
Pada bahagian ini, penulis menggambarkan kenakalan dan kedegilan Mohd. Harraz sehingga 
dia mengambil keputusan berhenti sekolah ketika berada dalam darjah enam. Namun ibunya
tetap sabar melayani kerenahnya itu.

iii.        Puncak
Mohd Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya . Dia diberitahu oleh ibu bahawa pondok di
dusun yang selalu dikunjungi oleh Mohd.  Harraz telah diserbu oleh pihak polis. Mohd. Harraz
bernasib baik kerana dia tidak berada di situ ketika serbuan tersebut dibuat.

iv.        Peleraian
Mohd. Harraz insaf atas kesilapannya  dan menyatakan hasratnya untuk menyambung
pelajarannya semula. Akhirnya, Mohd. Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti
al-Bayt, Jordan.


Teknik Plot

i.        Pemerian
Contoh: Pengarang memerihalkan keadaan bonda yang gembira apabila mendapat warkah
perkhabaran daripada adik di Jordon
.

ii.        Dialog
Contoh: Perbualan antara bonda dengan adik sewaktu bonda melarang Mohd. Harraz (adik)
keluar berjumpa dengan kawan-kawannya sebelum kemalangan berlaku
.

iii.        Imbas Kembali
Contoh: Bonda mengingati semula kehidupan Mohd. Harraz (adik) ketika kecil terutamanya  ke
tika dia berusia 12 tahun. Mohd. Harraz berhenti sekolah ketika dalam darjah enam dan
kemudian menyambung semula persekolahan setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya
.

iv.        Kejutan
Contoh:  Mohd. Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkannya patah
tangan.

v.        Suspens
Contoh: Pembaca tertanya-tanya sama ada Mohd. Harraz akan berubah sikap selepas terlibat
dalam kemalangan jalan raya atau tidak

vi.                Konflik
Contoh: Mohd. Harraz memberitahu bonda bahawa dia mahu berhenti sekolah. Kak Cik tidak bersetuju dan sering tidak berpuas hati dengan sikap ibu yang selalu member muka kepada adiknya itu.


Watak utama

Adik
i.        Nama penuhnya Mohd. Harraz bin Lebai Sidi. 
ii.        Anak lelaki tunggal daripada empat orang adik-beradik.
ii.                  Degil dan keras hati.
Contoh: Adik tetap berdegil untuk keluar berjumpa rakan-rakannya walaupun dilarang oleh
kakak dan ibunya kerana telah lewat malam
.

iv.        Malas bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial.
Contoh: Adik berhenti sekolah semasa darjah enam dan mula merokok.

v.        Panas baran.
Contoh: Ketika adik meminta wang RM 5.00 kepada bonda untuk membeli mercun, adik telah
menghempas cawan kaca sehingga serpihannya terkena kaki bonda setelah bonda enggan memberikannya.

vi.        Insaf akan kesalahan yang dilakukan.
Contoh: Adik insaf dengan segala kesalahannya setelah terbabit dengan kemalangan jalan
raya.

vii.        Berpelajaran tinggi.
Contoh: Adik melanjutkan pelajarannya di Universiti al-Bayt, Jordan.

Watak Sampingan

Bonda
i.        Ibu tunggal yang kematian suami.

ii.        Mempunyai empat orang anak, tiga perempuan dan seorang lelaki.

iii.        Gigih membesarkan anak-anak.
Contoh: Bonda gigih membesarkan anak-anaknya setelah kematian suaminya.

iv.        Mempunyai impian dan keyakinan yang tinggi bahawa anak-anaknya akan berjaya
dalam hidup.
Contoh: Bonda percaya bahawa suatu hari nanti anaknya Mohd. Harraz akan berubah dan
peristiwa tersebut betul-betul berlaku
.

v.        Sangat sabar menghadapi kerenah anak lelaki tunggalnya.
Contoh: Bonda tetap bersabar dengan kerenah adik di usia kecilnya. Pernah ibu jari kaki bonda
terkena serpihan kaca cawan yang dihempas oleh adik
.

Kak Cik
i.        Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. 
ii.        Kurang sabar dan agak pemarah dengan kerenah adiknya.
Contoh:  Kak Cik menampar adik ketika mereka bertengkar.

iii.        Anak yang bertanggungjawab.
Contoh: Kak Cik sering menenangkan bonda apabila bonda kesedihan.


Latar

Latar Masa
i.        Waktu pagi
Contoh: Pada waktu pagi, pemandu van akan membunyikan hon apabila adik lambat bersiap
untuk ke taski.

ii.        Waktu senja
Contoh: Bonda berdoa kepada Tuhan (Malikul Qudus) semoga adik berubah sikap.

iii.        Waktu malam
Contoh: Pada pukul 12.30 malam, adik keluar dari rumah dan terlibat dalam kemalangan jalan
raya.

Latar  Tempat

i.        Rumah Bonda
Contoh: Peristiwa adik menghempas cawan kaca lalu serpihannya terkena ibu jari kaki bonda
sehingga terluka.
ii.                   Pondok di dusun

Contoh: Peristiwa polis menyerbu pondok di dusun yang menjadi tempat kawan-kawan adik
berkumpul dan menghisap ganja
.

iii.        Atas katil
Contoh: Adik terlantar lesu di katil dengan kepalanya berbalut tompokan darah dan mukanya
calar-balar akibat daripada kemalangan yang dihadapinya
.

Latar Masyarakat                                                             
                                       
i.        Masyarakat yang gigih mendidik anak.
Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang degil, nakal dan terlibat dengan masalah sosial.

ii.        Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.
Contoh: Bonda menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke peringkat universiti.

iii.        Masyarakat yang mementingkan nilai kasih sayang.
Contoh: Bonda tetap menyayangi adik walaupun adik selalu menyakiti hatinya  terutamanya
apabila adik mahu berhenti sekolah.




Gaya Bahasa

i.        Personifikasi
Contoh:   
 -    tikaman masa lampau yang menajam di ingatan
 -    darah meluncur dari ibu jari kaki bonda
-          mencincanglumatkan jantung bonda
-           
ii.        Hiperbola
Contoh:  
·         melangit tinggi
·         berasap-asap bara meluat
·         kata-kata berapi yang membakar kepala

iii.        Sinkope
Contoh :   
-     “Bonda yang berdosa sebab tak pandai ajar anak”
-     “ Adik nak berhenti sekolah…………”
-     “Hanya orang berilmu dipandang mulia, nak.”


iv.        Pengulangan
Contoh :  
 -    tidak pernah dicubit, tidak pernah ditengking
-     buang masa, buang idea, buang dakwat pen, buang kertas dan buang duit setem 
      sahaja.


v.        Simile
Contoh: 
-     perangainya persis syaitan
-     bonda bagai tercampak ke pulau hana

vi.        Peribahasa
Contoh:  
      -    bersengkang mata
      -    mengembalikan manikam ke dalam cembulnya
      -    ibarat gelas, biarpun tidak berkecai namun pasti akan ada retaknya
      -    dayung sudah di tangan, sampan sudah di tengah lautan
      -    musuh dalam selimut
      -    bendera putih                  

Nilai

i.        Nilai kasih sayang.
Contoh: Bonda amat menyayangi anak-anaknya .

ii.        Nilai bertanggungjawab.
Contoh: Bonda bertanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak setelah kematian
suaminya.

iii.        Nilai kesabaran.
Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya  terutama anak lelakinya, Mohd. Harraz
yang bermasalah.

iv.        Nilai kegigihan.
Contoh: Bonda begitu gigih mendidik adik sejak adik kecil sehingga  berjaya walaupun
berhadapan dengan pelbagai dugaan
v.        Nilai keinsafan.
Contoh: Adik insaf atas kesilapannya setelah terlibat dalam kemalangan dan mahu belajar
semula.

vi.        Nilai ketabahan.
Contoh: Bonda tetap  tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal
dunia dalam penjara
.

Pengajaran

i.        Kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak.
Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang bermasalah sehingga akhirnya menjadi orang yang
berjaya.
ii.        Kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak.
Contoh: Walaupun bonda seorang ibu tunggal namun bonda bertanggungjawab mendidik,
membesar dan memberi kasih sayang terhadap anak-anaknya
.

iii.        Kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar  luar bandar.
Contoh: Adik berhenti sekolah ketika  darjah enam.

iv.        Kita hendaklah mementingkan kasih sayang dalam keluarga.
Contoh: Kak Cik mendakap bonda erat-erat semasa bonda menangis selepas melihat
tindakannya menampar adik
.

v.        Kita haruslah sabar dalam menghadapi segala kerenah ahli keluarga.
Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya  terutama anak lelakinya, Mohd. Harraz
yang bermasalah.
vi.        Kita haruslah tabah menghadapi dugaan.
Contoh: Bonda tetap  tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal
dunia dalam penjara
.   

Soalan

i.        Jelaskan tiga perwatakan adik.
ii.        Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini.

Jawapan

i.        Tiga perwatakan adik ialah degil dan keras hati. Contohnya,  adik tetap berdegil untuk keluar berjumpa rakan-rakannya walaupun dilarang oleh kakak dan ibunya kerana telah lewat malam. Seorang yang malas bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial.

Contohnya, adik berhenti sekolah semasa dalam darjah enam dan mula merokok. Seorang yang panas baran. Contohnya, ketika adik meminta wang RM 5.00 kepada bonda untuk membeli mercun, adik telah menghempas cawan kaca sehingga serpihannya terkena kaki bonda setelah bonda enggan memberikannya.

ii.        Tiga pengajaran cerpen ini ialah kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak.
Contohnya, bonda gigih mendidik adik yang bermasalah sehingga akhirnya menjadi orang yang berjaya. Pengajaran kedua kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak. Contohnya, walaupun bonda seorang ibu tunggal namun bonda bertanggungjawab mendidik, membesar dan memberi kasih sayang terhadap anak-anaknya. Ketiga kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar  luar bandar. Contohnya, adik berhenti sekolah ketika  darjah enam.